Tuesday, December 4, 2012

Kisah Praktikum

Assalamualaikum.
Peace be upon you guys.

Alhamdulillah praktikal sudah tamat dengan jayanya. Banyak kenangan dan tapak kaki ditinggalkan di sana. Sedih pulak rasanya. Praktikal ni best sebenarnya, siapa yang tak pernah alami, diharuskan untuk berpraktikal sementara masih belajar ni. Orang kata praktikal ni macam pengenalan ke alam pekerjaan. Ala, macam kita nak masuk sekolah rendah dulu..ada pre-tadika and tadika..Macam itu la.

Aku praktikal di Bahagian Pengurusan Maklumat Tingkat 8 Blok B Kementerian kerja Raya. Pergh spesifik gila haha Praktikal dengan classmate masa di kampus. Not bad la diorang ni mula-mula je pendiam lama-lama tak berhenti pulak bercakap. Very talkative person. Tak lupa diorang ni kuat makan sebenarnya...Itulah orang kata bila dah hari-hari bersama baru tahu perangai sebenar yedok...Hahahaha

Masa praktikal kami buat sistem..Dapat task kena buat Sistem Tempahan Bilik Mesyuarat untuk Kementerian Kerja Raya. Wohooo separuh maut buat tau dapat lagi masa praktikal tu bulan puasa and raya.  Bila puasa, macam tak cukup nyawa nak berfikir. Bila nak raya tu pulak asyik tak buat kerja sebab mood tu dah tak ada. Aisey apa pun tak boleh la. Masa tu la nak bertekak, bermasam muka bagai....Biasalah kan, adat bekerja. Kena tempuh jugak.

Oh ye..Memandangkan elaun praktikal pun kurang memberangsangkan (betul ke eja?) so kitorang masing-masing kerja part time. Aku and one of my friends kerja kat Secret Recipe KL Sentral. Tu namanya cari pasal sebab dah tahu praktikal akan stress, sibuk cari kerja cafe. Kerja cafe mmg buat kerja separuh mati la ceritanya. Balik lewat malam, pagi-pagi sebelum subuh dah bangun. Tidak ke mencari penyakit begitu? hahaha gaji tak payah cerita la..Fikir nak raya je masa tu kan. Semua gelap mata je.

Apapun Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi perbentangan praktikal & keputusan lulus dengan cemerlang. Sistem kami mendapat pujian dari Penyelia & panel. Syukur. Kemungkinan besar sistem itu akan diguna pakai di dalam UiTM, In Shaa Allah. Tak sia-sia la gaduh, sakit-sakit, tak tidur malam siapkan sistem tu.

Terima kasih kepada Staf BPM KKR sebab celebrate kami sebelum kami melangkah pergi, cheewaah haha Siap ada sambutan lagi cyuollsss. Kelassss gitu. Praktikal ni banyak mengajar aku. Sekurang-kurangnya aku tamat belajar dengan sesuatu yang amat berharga. Orang kata pengalaman tak boleh dibeli. Kalau dijual pun, belum tentu mampu untuk membeli. Orang kata..Aku tak kata huhuhu


Kitorang memang kaki webcam. Tunjuk satu jela. Malu nak tunjuk banyak-banyak. Hahaha



1 comment: