Sunday, August 12, 2012

I'm backkkk! Do you hear me, I'm baccckkkk!!!



Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi.

Setelah sekian lama tak update blog, harini berkesempatan juga nak update. Fuhh! lama juga tinggalkan blog ni. Hampir setahun. Maklumlah busy teramat sangat. Final year project + assignment + tutorial yang berlambak-2 + class pagi petang siang malam + aktiviti komander lagi.. 

Banyak sangat nak update, tak tahu nak update cerita mana satu. Blog ni baru je renovate actually, sebelum ni mengarut apa ntah tetiba background jadi lain. (Tak mungkin kena hack -.- )

Apapun, sekarang ni mungkin sibuk sikitlah dengan practical project and assessment. Walau apa pun, aku akan cari masa (Bukan curi tulang) untuk update serba sedikit.

Oh ye, follower aku semakin berkurang? HAHA mungkin sebab aku pernah update status kat FACEBOOK mengatakan yang blog ini bakal ditutup tidak lama lagi. Hah tidak mengapa -.-

Apapun mungkin ada yang ter-LOST sebab aku dah buat FACEBOOK baru. Facebook lama kena hacked! Jahat betul. Entah siapa gerangan "Azim Danial" tu. Habis reputasi aku, habis! Satu kampus tanya kenapa dengan facebook tu. Ada yang ingat aku in a relationship dengan seseorang. Haiiiii...Kalaulah tahu siapa yang buat, aku sunatkan dia lagi sekali. 

Takpelah..Account baru ni lagi best, ramai kawan baru (Sedapkan hati)

Apapun, Alhamdulillah aku telah menamatkan zaman bujangku..Eh bukan ! Aku telah menamatkan pengajianku di UiTM Seri Iskandar (Perak) UiTM tercinta. Dengan berakhirnya paper CALCULUS pada april lalu maka berakhirlah riwayatku di sana. Syukur! Kelima-lima paper yang diambil lulus dengan jayanya Alhamdulillah.



2 comments: